Alhamdulillah!
Tajuk: Natijah Fikir dan 40 Hadith Kelebihan Zikir
Penulis: Abdullaah Jalil (Natijah Fikir - Imam al-Suyuti)
Harga: RM25.00
Untuk sampel, sila klik di SINI.
Untuk sampel, sila klik di SINI.
Buku yang bertajuk “Natijah Fikir dan 40 Hadith Kelebihan Zikir” ini adalah merupakan sebuah buku yang mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama adalah merupakan terjemahan bagi risalah fatwa yang ditulis al-Imam al-Suyuti berkenaan mengangkat suara ketika berzikir dan bahagian kedua pula menghimpunkan empat puluh (40) hadith-hadith utama berkenaan kelebihan dan kemuliaan amalan zikrullah.
Kitab ini amat sesuai ditatap oleh masyarakat umum di Malaysia agar kefahaman mereka dalam mengamalkan dan menghidupkan amalan zikrullah dapat diperteguhkan dengan ilmu yang benar. Kedudukan al-Imam al-Suyuti di dalam dunia keilmuan Islam sudah cukup untuk memberi kredibiliti yang besar bagi perbahasan kitab ini. Perbahasan yang dibuat oleh beliau adalah tidak terlalu panjang atau terlalu pendek sehingga menjadikan risalahnya ini tidak bosan untuk ditela’ah dan tidak juga kurang dalam memberikan penerangan yang secukupnya di dalam masalah yang dibahaskan.