Wednesday, October 31, 2012

Buku: Pengurusan Kewangan Masjid: Model Imarah Masjid


 

 
Klik di SINI untuk melihat sampel.
 


Penulis: Asharaf Mohd. Ramli, Abdullaah Jalil, Norman Hamdan, Asmaddy Haris and Mohammad Aizuddin Abdul Aziz
Tahun: 2012
Tajuk: Pengurusan Kewangan Masjid: Model Imarah Masjid 
Harga Seunit: RM30.00
Saiz: B5
 

SINOPSIS BUKU

Masjid adalah merupakan syiar atau mercu tanda keagungan agama Islam. Rasulullah SAW telah meletakkan peranan masjid sebagai sebuah institusi terpenting bagi umat Islam yang terbukti dengan pembinaan masjid di Quba’ sewaktu di dalam perjalanan menuju ke Madinah dan seterusnya pembangunan Masjid Nabawi di Madinah. Pembentukan negara Islam Madinah adalah berpaksikan kepada peranan besar yang diletakkan kepada institusi masjid yang tidak hanya sebagai pusat beribadat dan menimba ilmu pengetahuan sahaja, bahkan ianya melangkaui sebagai pusat perbendaharaan negara dan pertemuan dengan delegasi-delegasi luar. Sudah tentulah satu bentuk pengurusan yang sistematik seperti pengurusan kewangan dan sumber manusia telah dilaksanakan bagi memastikan segala peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan tersebut dapat dilakukan secara mantap dan berkesan.
 
Justeru, buku ini akan membincangkan dua aspek penting pengurusan kewangan masjid iaitu pendapatan dan perbelanjaan dana masjid. Satu model kewangan masjid iaitu Model Imarah MasjidTM telah dibangunkan yang menerangkan secara terperinci tatacara pengurusan pendapatan dan perbelanjaan masjid. Aspek pendapatan masjid telah dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu pendapatan yang diperolehi dari dana umum dan pendapatan yang diperolehi dari dana khusus. Manakala perbelanjaan masjid pula dibahagikan kepada tiga kategori iaitu perbelanjaan pengurusan (idari), perbelanjaan kemasyarakatan (ijtimaci) dan pengurusan perniagaan (tijari).
 
Secara ringkasnya tajuk-tajuk yang dibincangkan di dalam buku ini adalah seperti berikut:
 
· Peranan Masjid Sebagai Institusi Ekonomi Islam
· Masjid dari Perspektif Fiqh
· Kerangka Undang-undang bagi Masjid di Malaysia
· Model Imarah Masjid TM
· Fatwa-fatwa Berkaitan Pendapatan dan Perbelanjaan Masjid
· Penyata Pendapatan, Perbelanjaan dan Dana Bersih Masjid
· Kajian Lapangan